Apakah itu Salah Laku?

Salah laku bukan hanya penciplakan, malah merangkumi beberapa tingkah laku di luar kampus juga:

•                Mengemukakan tugasan yang sama berkali-kali (untuk subjek yang berlainan)

•                Mempunyai bahan yang tidak dibenarkan di bilik peperiksaan

•                Memalsukan dokumen

•                Perilaku yang mengancam, mengganggu atau menakut-nakutkan (kakitangan atau pelajar lain)

•                Catatan / komen yang kurang wajar di media sosial Universiti

•                Muat Turun Tanpa Izin

UNSW merupakan satu komuniti dan tingkah laku anda dibawah bidang kuasa Kod Pelajar UNSW sebagai syarat pendaftaran. Kewajiban utama anda adalah:

•                Bertindak dengan penuh integriti dalam kerja akademik, untuk memastikan bahawa semua kerja akademik dijalankan dengan beretika dan selamat

•                Patuhi piagam kesaksamaan dan rasa hormat dalam berurusan dengan kakitangan dan rakan sebaya

•                Menggunakan dan menjaga sumber Universiti dengan sah dan betul

•                Tidak merosakkan reputasi Universiti

Hukuman kerana didapati melakukan kesalahan termasuk:

•                Teguran rasmi atau peringatan rasmi

•                Pengurangan markah

•                Kegagalan dalam kursus

•                Penggantungan atau pengecualian dari UNSW

•                Kelewatan menamatkan pengajian

•                Denda

Apa yang boleh terjadi?

Jika anda di tuduh dengan tuduhan salah laku anda akan diberitahu melalui tulisan (emel), anda akan diberitahu butiran tuduhan dengan terperinci dan diberi peluang untuk memberi maklum balas. Anda sentiasa mempunyai hak untuk mendapatkan nasihat sebelum menjawab tuduhan tersebut, jadi sila hubungi Undang-undang & Advokasi. Kami akan membawa anda melalui prosedur yang lazim, menerangkan tindakan terbaik untuk anda dan, memberi sokongan bagi pihak anda ke universiti (ini adalah perkhidmatan percuma untuk semua ahli Arc).

Menghadiri merupakan peluang anda untuk menerangkan apa yang berlaku (dan menafikan tuduhan di mana ia tidak benar) dan memberi penerangan untuk pengurangan tuduhan. Mengurangi keadaan seperti kesihatan yang buruk, masalah peribadi atau kematian dalam keluarga bukan alasan tetapi boleh membantu menjelaskan kepada penyiasat apa yang berlaku dalam hidup anda pada masa kesalahan itu berlaku.

Setiap manusia membuat kesalahan dan kadang-kadang anda hanya perlu mengaku dan menerima akibatnya; penyiasat akan menghargai apabila anda mengakui kesalahan dan meminta maaf, daripada membuang waktu semua orang.

Sila jangan abaikan e-mel dari UNSW - ini hanya akan memburukkan keadaan Jika anda tidak memberi respon, penyiasat hanya akan memutuskan tuduhan tersebut dan menjatuhkan hukuman tanpa maklum balas anda.

Perlu diingat anda berhak membawa orang sokongan ke perjumpaan anda, jadi jika anda tidak mahu memberitahu ibu bapa anda atau meminta rakan untuk pergi bersama anda, sila hubungi Arc Legal & Advocacy

Kami juga dapat membawa anda melalui proses rayuan (tinjauan prosedur) jika anda berpendapat bahawa siasatan itu tidak adil.

Panduan kami

•                Perlakukan rakan pelajar dan para kakitangan dengan hormat. Terdapat perbezaan antara kebebasan berbicara dengan sifat yag menyakitkan hati atau mengganggu.

•                Tinggalkan telefon bimbit anda di bawah kerusi semasa peperiksaan.

•                Jangan tulis apa-apa di badan anda sebelum peperiksaan.

•                Periksa semula semua tugas anda untuk rujukan yang betul.

•                Jangan gunakan Uniwide untuk memuat turun filem.

•                Fikirkan tentang apa yang anda siarkan di laman rangkaian sosial.

•                Buka (DAN BACA) e-mel UNSW!

Sumber

Dasar UNSW:

Perlukan maklumat lanjut?

Sekiranya anda ingin menghubungi Arc Legal & Advocacy, anda boleh menghantar e-mel kepada kami atau menghubungi Arc Reception untuk membuat janji temu dengan kami.

Legal & Advocacy

P:(02) 9065 0900

E:advice@arc.unsw.edu.au

H:10AM - 5PM

Arc Reception

P:(02) 9065 0900

E:reception@arc.unsw.edu.au

H:10AM - 5PM

A:Gate 5 on High St, UNSW